Sunday, 11 July 2021

Saje-saje

 Hujan pagi ini.

Jap lagi nak pergi kerja. 

Malas? ada lah as usual, haha.

Tambah pulak , cuaca sejuk-sejuk ni, semalam seharian hujan,Lemau ,namun lemau-lemau siap juga kain baju aku lipat yang tingginya setinggi gunung kalau disusun sepanjang banjaran titiwangsa.Cerita pasal banjaran titiwangsa,teringin pulak nak pergi, tak pernah lagi mata aku melihat secara terus.

Tengah-tengah menaip ni, hujan pun turun.syahdu nak pergi mandi.Ikutkan hati,malas nak minta WFH aje hari ini, tapi sebab barang aku nak sampai , aku alamatkan ke pejabat, aisyeh!.hhaha

itu aje nakcerita, nak siap2 pergi beli ikan ntuk kucing aku, lepas tu baru mandi.NO..aku iron baju dulu, then baru pi beli ikan, kemudian mandi dan pergi kerja.

kesian pulak si cega meneman aku menaip. 



Till then,

love, me

Friday, 9 July 2021

+covid

  Today, dapat berita kawan sekolah zaman sekolah rendah positif covid 19.

Terpukul rasanya, makin naik pulak paranoid aku. 

Semlam 9 Julai 2021, kes 9180 , kes pecah dari kluster kilang, namun tidak diwar warkan,entahlah, apa maksud tersirat aku malas nak kupas, bukan aku maklumat pun, takut semborono nanti jadi lain.

Bila, kawan aku JAAR positif, terus aku fikir yang bukan-bukan- terus terfikir kalau aku ata laki aku yang positif,

covid ni, ajar kita tentang hargai orang yang kita ada.Sebab sedia maklum covid mmg boleh meragut nyawa. Sebolehnya aku taknak lepaskan pelauang yg ada sekarang, Covid ini pun membawa kita kembali ke pangkal jalan.

Semua ada hikmat, baik dari segi positif atau negatif, boleh nampak true color manusia yang selama ini kita idola kan...

Aku kadang selalu lupa diri, hingga lupa..aku bukan sapa-sapa dalam dunia ini.Allah Maha segalanya.

Kadang, apa yang tidak baik dipamerkan depan aku, agar aku lebih baik, tapi aku alpa.

aku selalu berdoa, nanti nak masuk syurga bersama-sama suami,tapi selalu lawan suami..hahaha

InshaAllah, kali ni aku nak berdoa, mohon pada Allah aku nak bahagia dunia dan akhirat.besar maknanya bahagia tu..Allah , aku rindu kan syurga MU.


Aku doakan kawan aku,pulih sedia kala seperti sebelumnya.

dan, aku berdoa, manusia2 yang ada kuasa di dunia ni, bukalah mata, apa yang berlaku,dan tidak pentingkan diri.


#keepfighthingJAAR

Saje-saje

 Hujan pagi ini. Jap lagi nak pergi kerja.  Malas? ada lah as usual, haha. Tambah pulak , cuaca sejuk-sejuk ni, semalam seharian hujan,Lemau...